
Sulit
4 tahun
Perbezaan Rhinitis & Sinusitis
Assalamualaikum dan Hai. Saya keliru tentang dua benda iaitu Sinusitis dan Rhinitis. Adakah ia penyakit yang sama? Jika tidak, apa perbezaannya?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Rinitis alergi merupakan keadaan keradangan atau bengkak yang disebabkan oleh alahan pada bahagian hidung akibat terdedah kepada alergen atau punca alahan. Terdapat sesetengah individu yang alah kepada debu persekitaran, manakala yang lain pula alah kepada bulu binatang.
Terdapat individu yang mengalami alahan teruk disebabkan oleh tindak balas badan secara berlebihan terhadap punca alahan ataupun alergen. Keadaan ini digelar sebagai hipersensitiviti dan ia mencetuskan gejala yang berterusan termasuk sentiasa bersin, hidung berair dan tersumbat serta gatal-gatal pada bahagian hidung dan mata.
Berbeza dengan rinitis alergi, sinusitis pula merupakan radangan pada bahagian sinus (rongga dalam tulang tengkorak yang bersambung dengan rongga hidung). Gejala yang dialami oleh pesakit mungkin lebih serius seperti sakit muka pada bahagian sinus, hingus pekat yang bewarna dan berbau, hidung tersumbat, kurang deria bau dan sakit kepala. Punca yang menyebabkan sinusitis juga berbeza. Kebiasaannya, sinusitis disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma yang menyebabkan radangan pada bahagian sinus. Sinusitis boleh jadi serangan akut, iaitu serangan jangka pendek ataupun kronik, iaitu serangan jangka panjang.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.