
Sulit
5 tahun
Perbezaan tempoh kuarantin Covid 19
Kenapa ada perbezaan tempoh kuarantin dikeluarkan oleh hospital berbeza. Sebagai contoh ada hospital yang memberikan tempoh kuarantin bermula dari tarikh akhir perjumpaaan dengan pesakit positif covid 19 dan ada hoapital yang memberikan tempoh kuarantin bermula dari saringan dibuat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi. Perbezaan permulaan Tempoh kurantin berbeza mengikut hospital kerana tiada lagi panduan lengkap tentang hal ini daripada pihak berkuasa lebih lebih lagi virus ini ialah virus yang amat baru. Kajian masih dijalankan untuk mengenalpasti info penting tentang virus tersebut. Oleh itu, doktor menggunakan pemikiran kritikal serta mempertimbangkan pelbagai aspek dan memberi keputusan mengikut pandangan serta pengalaman mereka.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/