
Sulit
4 tahun
Percutian selamat ke tempat cuaca sejuk di cameron haighland. Adakah virus tersebut mudah tersebar di kwasan sejuk?
Saya dan keluar merancang untuk bercuti di cameron highland pada bln mac terdekat ni…adakah selamat utk kami ke sana atau perlu tangguh kn sahaja disebabkn penularan cov19 ni.mohon pendapat doktor.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kerisauan anda mengenai wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, terdapat risiko untuk dijangkiti jika anda pergi ke kawasan yang padat seperti tempat percutian. Namun, buat masa ini tiada larangan untuk melancong ke mana-mana kawasan di Malaysia. Jika anda ingin berkunjung ke sana, anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah pencegahan seperti berikut, berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.:
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap anda akan cepat sembuh dan terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini