
Sulit
4 tahun
Perdarahan haid bnyk
selamat malam doktor, sy mahu tnya,3bulan yg lepas sy keguguran.dan selepas keguguran ituu sy mgalami senggugut yg sakit sngt srta drh haid yg bnyk. Adakah itu normal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca pendarahan anda boleh berlaku, seperti:
- pendarahan disebabkan oleh tisu yang masih berada dalam rahim
- pendarahan disebabkan oleh kitaran haid yang kembali
- gangguan hormon yang tidak stabil
- darah lama yang teroksida
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.