Anonymous
6 tahun
Perdarahan kecil faraj macam period
saya wanita berusia 20 an,saya mempunya pendarahan yang sy ingatkan period tetapi bukan kerana ia berlaku tepat pada hari yang sepatutnya saya datang bulan tetapi jumlahnya sedikit , dan ia berlaku sepanjang 2 minggu sehingga ke harini dengan sedikit sedikit , saya pernah melakukan hubungan seks dan saya sudah melakukan pregnant test tetapi keputusannya negative, apakah yang berjadi sebenarnya doktor? saya rungsing ,
6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan puan.
Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada spotting haid,antaranya ialah:
- Kesan sampingan pengambilan pil perancang
- Kehamilan
- Menstruasi tidak seimbang
- Jangkitan kuman
Untuk hal anda, saya sarankan anda untuk membuat ujian air kencing semula 2 kali sekurangnya, kerana jika anda buat ujian air kencing terlalu awal boleh menyebabkan “false negative”. Atau mendapatkan ujian ultrasound dan lain-lain di klinik berdekatan untuk pengesahan.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda juga amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.


























