
Sulit
5 tahun
Pergerakan bayi pada 16 minggu
hi doktor, saya ada soalan mengenai kandungan saya yang baru berusia 16minggu dan ini adalah kandungan kedua, sejak semalam saya rasa seperti pergerakan(seakan bayi sedang sedu) terlalu kerap dan aktif hampir setiap masa, pergerakan tersebut hanya dirasai sebelah kiri rahim… adakah ini normal? kerana kandungan pertama pergerakan bayi hanya dirasai pada kandungan 20minggu ke atas

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, pergerakan yang anda rasai boleh disebabkan:
- Pergerakan bayi - namun ianya jarang berlaku pada usia kandungan bawah 20 minggu
- Pergerakan usus
Sekiranya anda berasa tidak selesa dan risau akan pergerakan yang berlaku ini, anda boleh berjumpa dengan doktor anda bagi pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai soalan-soalan berkaitan kehamilan. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.