
Sulit
4 tahun
Pergerakan dan Bunyi Laju
hi, saya 17tahun and a girl. saya ada persoalan, saya dari kecik lagi selalu kena benda ni. dia macam semua pergerakan dan bunyi jadi laju. bunyi-bunyi tu nanti dia jadi kuat and its make me feels annoyed. padahal in real life benda tu just normal. saya je yang rasa semua benda jadi laju. bila dah lama macam ni kena, saya rasa stress, nak nangis pun ada sebab benda ni mengganggu. nak tunggu saya rasa normal balik je nak amik masa 5-10 minit. saya taktaulah doctor faham tak maksud saya, tapi saya harap doctor boleh bagitau apa yang terjadi dengan saya :’)) Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, hanya dengan penjelasan di atas, sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai keadaan anda.
Sebaiknya, anda merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor di klinik/hospital berhampiran. Dari situ mereka akan melakukan pemeriksaan dan menanyakan beberapa soalan kemudian merujuk kepada pakar psikiatri jika perlu. Justeru, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda bagi mengatasi masalah ini demi kebaikan diri anda.
Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera sebelum keadaan anda semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.