
saifulhalimy10
3 tahun
Pergi ke klinik untuk pemeriksaan darah
Hi dok, saya nak tanya baru baru ni saya ada buat pemeriksaan penyakit di klinik swasta. Saya diambil darah dan diambil air kencing, selepas satu minggu keputusan darah dan air kencing telah keluar dan saya didapati tiada sebarang penyakit. Pertanyaan saya adakah laporan darah itu meliputi segala jenis penyakit termasuk hiv?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, terdapat banyak jenis pemeriksaan kesihatan yang dijalankan di hospital swasta. Setiap pakej mempunyai ujian-ujian yang berlainan. Jika ujian darah untuk penyakit kelamin dijalankan, maka keputusan ujian tersebut akan disenaraikan dalam laporan ujian. Kami menasihatkan anda untuk menghubungi pihak hospital untuk mengetahui jika ujian untuk penyakit kelamin disertakan dalam pemeriksaan kesihatan anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda memerlukan nasihat lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.