
nsyaf37
5 tahun
Perioad tidak teratur
Nama saya syafiqah, umur 20 tahun😊 Normally saya punya period sebulan sekali dalam 8 hari. Tapi baru2 ni lps seminggu tempoh saya suci, datang lagi period dalam seminggu juga. Warna mcm hitam ke coklat. Dah masuk 2 kali jadi macam ni. Macam mana saya nak buat kiraan period saya ya? Dan adakah itu pun dikira darah period?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca darah haid berwarna hitam atau coklat tua, antaranya:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah gtersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
● Faraj berbau busuk
● Sakit perut/senggugut teruk
● Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
● Sakit pada bahagian pelvik
● Demam
● Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti radang pelvis (PID) atau jangkitan pada pelvis berlaku
Memandangkan ia berkemungkinan besar adalah darah haid ianya adalah kitaran haid normal. Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, anda boleh berbicara dengqa doktor kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.