Sulit
5 tahun
Period 2 bulan sekali
Hi, saya berumur 23 tahun dan bujang. Saya mengalami masalah period tidak teratur. Saya period 2 bulan sekali dan kalau datang sampai 15 hari. Tetapi masa dulu saya tidak mengalami masalah ini. Sejak tahun ni baru ada masalah cmni. Apa yg saya patut buat?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat yang anda alami boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Perubahan diet yang drastik
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Ovarian cyst
- Pengambilan ubat- ubatan atau ubat tradisional malahan jamu
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























