
Sulit
4 tahun
Period 2 hari sahaja
Sy pengguna pil perancang. Period sy dtg tepat pada waktu tp bln nie period sy dtg 2 hari sahaja & tiada period selepas itu. Kenapa ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid selama 2 hari sahaja. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 21-40 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid berlaku bergantung kepada kenaikan dan penurunan hormon dalam badan anda. Kitaran haid yang tetap dan teratur menandakan organ tubuh berfungsi dengan normal. Namun, secara purata, kebanyakan wanita pernah mengalami haid yang tidak teratur sekurang-kurangnya satu kali dalam hidup mereka. Pil perancang kehamilan juga boleh mempengaruhi kitaran haid terutama pada awal penggunaan atau beberapa bulan terawal. Merujuk kepada gejala anda, ia masih dikira normal dan ada tidak perlu risau atas perkara tersebut. Akan tetapi, sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala seperti,
- sakit ketika haid
- mual muntah
- demam
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!