
Sulit
4 tahun
Period 2bulan sekali berturut-turut
Hai dr, saya patient berumur 19 thun, semenjak cuti covid -19 ini, period saya datang 2buln sekali secara berturut-turut. Dan saya juga mengalami masalah sukar tidur kerana pernafasan yg tidak stabil dan juga heart beat saya laju pd ketika itu. Adakah ia saling berkai? Jika tidak, kenapa period saya jadi begitu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid terlalu kerap boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda mungkin mengalami masalah pernafasan yang kurang lancar dan jantung berdegup pantas kerana masalah kurang darah merah akibat haid terlalu kerap. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Anda juga boleh bercakap dengan doktor pakar ginekologi (Gynaecologist) untuk mendapatkan pendapat mereka di sini. Pakar ginekologi merupakan doktor yang arif dalam masalah kesihatan wanita. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.