
Anonymous
5 tahun
Period 2bulan sekali
Saya wanita berusia 21tahun. Sudah berkawin tetapi belum ada anak. Awal bulan 5 saya datang haid. Dan pada 27hb saya turun darah lagi tapi kuantitinya sedikit. Dan dia berlarutan sehingga hari ke 8. Tanpa rasa sakit perut atau sakit pinggang. Adakah ini infek daripada postinor…?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini.Kemungkinan besar anda mengalami gejala tersebut boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat Postinor .Secara amnya kesan sampingannya adalah:
- keluar pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan
- keletihan, mual dan muntah.
- sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.