
Sulit
4 tahun
Period 2bulan tanpa henti
Hi doktor. Sy atirah umur 28.sy ingin bertanya, sy mengalami period yg panjang. Anggaran 2 bulan tanpa henti…pada Tahun 2019 bulan 3 sy alami yg sama tp bulan 5 kembali normal smpi bulan 12 tahun lps… Tahun ni sy alami masalah yg sama kembali. Adakah normal atau berpenyakit? Sy ada buat check slma stahun. Ubat yg saya dpt hanya tmbah darah… Sy perlu penjelasan dr doktor… Trma ksh…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid yang berpanjangan yang anda alami.
Untuk makluman anda, haid yang berpanjangan ini boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor am yang terdiri daripada sebab-sebab haid yang tidak teratur, antaranya ialah:
- Senaman yang berlebihan
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Obesiti
- Berat badan terlalu ringan
- Pemakanan yang tidak sihat dan kurang khasiat penting
- Kurang rehat atau tidur
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit dalaman seperti masalah pendarahan, kecederaan, jangkitan kuman, ketumbuhan jinak dan juga masalah tiroid.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!