
Sulit
4 tahun
Period 4 hari. Dan ada masalah bau vagina Bila bersama suami
Sy wan it’s berumur 30 tahun. Mengambil pil perancang selama 4 bulan. Kesan mengambil pil perancang Itu period Sy jd singkat Dan ada masalah bau Bila bersama suami. Tapi keputihan tak kluar Bila tak bersama. Jd bole ke Sy consume pil perancang bersama jamu? Untuk hilang kan bau Itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah bau faraj, seperti:
- Radang organ pelvis
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan salur kencing
- Vaginitis
- Cervicitis
- Penjagaan kawasan faraj yang kurang memuaskan
- Penggunaan perancang (pil, implan, suntikan atau IUCD)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Sebagai maklumat tambahan pil perancang boleh mengubah bau faraj disebabkan oleh perubahan hormon dan ia adalah normal. Namun begitu, sekiranya bau tersebut mengganggu anda dan juga terdapat bau busuk, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Kami tidak dapat membantu anda berkenaan dengan jamu kerana kami tidak mengetahui kandungannya.
Untuk mengatasi masalah faraj berbau, anda boleh lakukan beberapa perkara ini:
- Menjaga kebersihan faraj dan kawasan sekitarnya
- Membersihkan diri sekiranya berpeluh
- Membersihkan dan menyegarkan diri sebelum berhubungan intim bersama suami
- Elakkan dari menggunakan pencuci wanita terlalu kerap
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.