
Sulit
4 tahun
Period 4 hari setelah lewat period seminggu
hi dr , saya mengalami demam malam berpanjangan selama 5 hari , bloating , letih lesu , sakit pinggang , cramp perut disebelah kanan dan kulit menjadi kusam seminggu yang lepas . saya sepatutnya period pada 24/2 tapi lewat selama seminggu dan tetiba period pada 4/3 tapi hanya selama 4 hari . hari 1&2 agak heavy flow . saya tak pernah period selama 4 hari selalunya akan cukup 7 hari . saya dah buat upt tapi result negative . kenapa ya dr ? period cycle dalam 35-39 hari . adakah saya berposibility mengandung ? sbb ramai yg tengok pada luaran dan cakap saya mengandung .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur ataupun lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil ataupun tidak kerana perkara ini memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda digalakkan untuk merekodkan kitaran haid anda di dalam telefon pintar ataupun di dalam diari supaya dapat dijadikan rujukan oleh anda dan doktor pada masa hadapan.
Pendarahan yang dialami anda juga mungkin disebabkan oleh pendarahan spotting. Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor segera sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- Haid yang lebih panjang dan banyak
- Faraj gatal dan merah
- Haid tidak teratur atau lewat
- Mual
- Sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- Sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- Lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- Berat badan bertambah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.