
Sulit
4 tahun
Period akan keluar darah beku bila korek pusat
Saya umor 31…sekarang sy kalau period jadi lama 15-20 hari…kalau sy korek pusat sy …darah kerul2 akn keluar melalui vigina

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kemunungkinan gumpalan yang keluar adalah gumpalan darah. Untuk makluman anda, darah haid boleh keluar dalam bentuk ketulan darah dan gejala senggugut ketika haid adalah sesuatu yang normal bagi kebanyakan wanita.
Namun begitu, sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap gejala yang anda hadapi atau terhadap kitaran haid anda, sila rujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan yang tepat dapat dibuat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.