
nrizztjaafar17
2 tahun
Period atau implantation
Saya berumur 23 tahun baru sahaja melansungkan perkahwinan. Ini adalah period pertama saya selepas berkahwin, saya merancang untuk mendapat zuriat dengan segera, soalan saya, saya telah mendapat period tetapi saya keliru jika ianya period atau implantation bleeding. Semasa proses ini saya mengalami cramp, lenguh dibelakang badan dan terkadang tekak rasa payau yang sebelum
Ini belum pernah saya alami, saya juga telah membuat ujian kehamilan di rumah hasilnya negatif, soalan saya adakah ini normal kerana perubahan hormon atau ada ke kemungkinan saya hamil?, terima kasih doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Jika anda datang haid kemungkinan haid itu akan keluar dalam jangka masa yang lebih lama. Namun pendarahan itu mungkin juga disebabkan pendarahan implantasi.
Upt negatif boleh disebabkan oleh :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.