
Sulit
4 tahun
Period awal 14 hari
Saya wanita akhir 20an , saya period pada 10/11/2020 yabg lalu, tp pd harini iaitu hari yang ke-14 (24.11.2020) saya telah period skali lagi. adakah ini normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kemungkinan anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan ianya boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami tidak dapat menjawab dengan tepat sama ada haid anda ini adalah normal ataupun tidak kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan oleh doktor seperti mengambil sejarah kitaran haid anda sebelum ini dan sebagainya. Jika ianya tidak normal, doktor akan memberikan rawatan yang sesuai untuk anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor. Terima kasih.