
Sulit
4 tahun
Period awal seminggu
Salam doc…sy berumur 23 tahun dn baru berkawin 3 bulan… Sy nak tanya kenapa period sy dtng awl kurang dri 23 hari?? Dan period dtg dengan sedikit ketulan darah…selama 6 hari… Adakah itu tandanya kehamilan… Mohon penjelasan…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk makluman anda, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya pula adalah di antara dua ke tujuh hari. Berdasarkan keterangan anda di ruangan di soalan, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai kitaran haid anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mendapat haid yang tidak teratur ataupun awal daripada biasa:
- Polip rahim
- Fibroid
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakseimbangan hormon
- Ubat-ubatan
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
- Jadual dan aktiviti harian yang terlalu sibuk, aktif dan padat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am dan kami galakkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya perkara ini berlanjutan dan mengganggu anda supaya anda dapat diperiksa dan mendapat rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyuai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak doktor kami. Terima kasih.