Anonymous
6 tahun
Period banyak dan lama
Saya berumur 39 tahun… Saya mngalami period yg panjang dan berketul2 yg kluar… Ketulan yg kluar terlalu banyak… Hinggakan saya jadi takut… Saya ad berjumpa dgn doktor dan die kata hanya gangguan hormon… Berat badan saya 100 kg…
6 tahun
Terima kasih atas soalan yang telah diajukan oleh anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku, antaranya ialah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-batan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA jika anda merupakan ahli Peduli Sihat.

























