
Anonymous
5 tahun
Period banyak Hanya bila bangun pagi
saya berumur 24 tahun, dan saya mmg ada masalah datang bulan yg kitaran dia lambat, 34 hari atau lebih… tapi doktor, baru2 ni period sy hanya banyak apabila sy bangun pagi shaja, selepas tu hanya keluar sedikit, itupun ketika sy buang air kecil. pad sy dr pagi bawak tengah hari, tiada kesan apa2 langsung, walaupun hari pertama dan hari kedua, kebiasaan hari pertama dan kedua banyak… adakah ini normal? sekian itu sahaja,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid berpanjangan dan banyak. Antaranya ialah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesiti atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat ubatan
- Kanser rahim atau cerviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.