
Anonymous
5 tahun
Period belum datang
Saya belum datang period. Should on 20th . Saya baru bersalin normal January 2019 . Had safe sex. May I know y it’s being late? Tq dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah lewat kitaran haid ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Hormon- selepas bersalin hormon anda berubah-ubah. Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Penyusuan bayi
Ubat-ubatan -Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Dalam kes anda, apabila anda lewat haid anda boleh memeriksa urine pregnancy test(UPT) tetapi berkemungkinan untuk negatif terutamanya pada tempoh awal kehamilan kerana hormon Beta HCG masih terlalu rendah. Kebanyakan mengesyorkan melakukan UPT selepas seminggu tiada haid.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.