
Sulit
4 tahun
Period berbau dan darah period setitik dua dan berwarna coklat
Saya umur 37 dialisis sudah 7tahun.sebelum ni period saya kadang sbln sekali kadang sebulan dua kali.pndarahan keluar normal masalah saya sekarang ni ialah period bulan Februari ni darah keluar masa buang air kecil sahaja tupun setitik dua sahaja berwarna coklat macam darah lama dan mengeluarkan bau yg sangat busuk…tarikh period Februari sama dengan tarikh period bulan 1…dan sekarang saya sudah 8hr keadaan MCM ni apakah masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah darah berwarna hitam ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
Sekiranya anda menglami simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan pada pelvis berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius berlaku. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.