
Sulit
4 tahun
Period berketul dan semakin lama
Hai,sy wanita berumur 31…sy sudah off implanon 4 tahun lepas…sepanjang on implanon sy tidak period…
After off implanon 4 tahun ni sy masih tidak mengandung dan tidak period secara normal…kadang setahun sy tak period…sekarang sy tengah period masuk hari ke 20…mula mula period,aliran darah normal tapi masuk hari 15 semakin banyak darah ketul yg keluar…kadang hanya ketulan yg keluar darah cair tiada…adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang kondisi rakan anda. Untuk makluman anda, petunjuk baik bagi pendarahan haid yang berlebihan adalah jika seseorang wanita itu:
- perlu menukarkan produk penjagaan haid (tuala wanita atau tampon) setiap satu atau dua jam
- melepaskan darah beku / ketulan darah yang saiznya melebihi 2.5cm (kira-kira saiz syiling 50 sen)
- mengalami pendarahan yang banyak sehingga terkena pakaian atau tempat tidur
- perlu menggunakan dua jenis produk penjagaan haid bersama-sama (misalnya, tampon dan tuala wanita atau dua tuala wanita) bagi mengelakkan pendarahan haid daripada terbocor
Gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Anovulasi
- Fibroid
- Polyp
- Adenomyosis
- Penyakit radang pelvis (Pelvic Inflammatory Disease)
- Endometriosis
- Kanser rahim atau serviks
Masalah kesihatan yang lain juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon sehingga menjejaskan pendarahan haid. Contoh-contohnya termasuk:
- Gangguan pembekuan darah seperti penyakit Von Willebrand
- Hipotiroidisme: Kelenjar tiroid yang tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi boleh menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan serta gejala lain seperti keletihan, peningkatan berat badan dan kemurungan.
- Diabetes
Walaubagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, maklumat lebih lanjut dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya gejala/masalah ini masih berlarutan atau bertambah teruk, sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!