
Sulit
3 tahun
Period berketul dr hari ke 8 hingga 15
saya ada fibroid 4cm dan cyst 7cm. 1st period slps gugur bulan 9 lalu.kini period berlarutan dr 23.10 hingga hari ke 16, 7.11…heavy period bermula hari ke 8,30.10 hingga ke hari ni…mohon bantuan Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Apabila membahaskan tentang ovulasi yang tidak teratur, penyebabnya boleh terdiri daripada beberapa perkara seperti dibawah:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor ataupun doktor pakar kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan