
adawiyahira99
5 tahun
Period berketul,kencing tidak Lawas,keluar lendir sepwrti putih telur berwarna putih jernih campur kuning
Sy tidak pernah mengalami situasi begini.harini tarikh 13hb sep,hujung bulan ogoss,period sy jd tidak normal. darah period saya tidak cair,tetapi berketul sehingga habis period,lebih sebulan kencing sy tidak lawas,dan doktor kerajaan pernah mengesahkan kencing sy kotor sedikit.kemudian baru sebentar tadi,sy buang air kecil dan besar,sy baru perasan ada kluar lendir seperti putih telur yg susah berpisah berwarna putih dan sedikit kuning2.boleh doktor bg penjelasa. Tentang penyakit ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan dalam rahim
- Keputihan fisiologi
- Vaginosis bakteria akibat jangkitan bakteria vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.