
Sulit
4 tahun
Period berlebihan dan tidak teratur
hai,saya berusia 23 tahun dan masih belum berkahwin.saya merupakan pesakit anemia.namun sejak bulan lepas saya mengalami masalah haid yang tidak teratur.menyebabkan kesihatan saya semakin merosot disebabkan anemia.saya haid lebih dari 14 harisebelum ini saya juga datang haid dalam tempoh yang lama dan haid berhenti hanya lebih kurang seminggu dan haid semula.apakah boleh saya lakukan?perlukah saya terus ke hospital berdekatan dengan segera untuk mendapatkan rawatan segera?

4 tahun
Salam sejahtera.
kami memahami kebimbangan anda berkenaan dengan masalah haid keluar dengan tidak menentu. Untuk pengetahuan anda, berjumpa dengan doktor untuk membincangkan maslah ini merupakan langkah terbaik bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan masalah ini berlaku. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Penyusuan badan
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
- Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
- Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Namun begitu, haid yang lewat masih boleh dikira normal. Anggaran kitaran haid yang normal ialah 21-35 hari. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar ginekologi (Gynaecologist) yang arif tentang masalah berkaitan sistem reproduktif wanita. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan pendapat panel pakar ginekologi kami melalui link ini (specialist booking) secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.