
Sulit
3 tahun
Period berlebihan.keluar darah setiap kali bersama
Saya wanita 24 tahun period berlebihan setiap kali bersama suami selalu keluR darah…knp ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas kami memahami permasalahan anda iaitu haid berlebihan dan keluar darah ketika bersama pasangan.
Untuk makluman anda, haid berlebihan boleh berlaku akibat:
- Tekanan emosi atau stres
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang wanita
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- Penggunaan ubat cair darah (warfarin)
Berkenaan pendarahan ketika melakukan hubungan intim pula, ia dipanggil Postcoital Bleeding , iaitu berdarah khususnya apabila melakukan hubungan seks. Poscoital bleeding ini boleh berpunca daripada beberapa perkara iaitu:
- Kecederaan pada vagina atau serviks
- Vagina kering atau tidak cukup pelincir ketika melakukan seks.
- Jangkitan kuman atau virus
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Kanser serviks
- Keradangan pada vagina atau serviks (akan disertai dengan sakit bawah perut dan keputihan aneh).
Anda dinasihatkan untuk merujuk masalah ini di hospital atau boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.