
Anonymous
5 tahun
Period berpanjangan 2 bulan berturut - turut
Saya berumur 29 tahun.sudah mempunyai anak seorang. Selama ni saya tiada masalah dalam period. Teratur. Lepas bersalin ceaser, saya ambik pil perancang, masih teratur period saya. Selepas 2tahun lebih saya dah berhenti makan pil tu dan masih lagi teratur.
Masalah timbul masa bulam 3 dan 4 2019,dua bulan tu saya tak alami period. Dah check ,tiada tanda mengandung.
Tiba bulan 5 2019,saya alami 8 hari period pada awal bulan tu. Selepas 9hari bersih, saya kene lagi sekali period bulan may 6hari. Lepas tu bersih selama 3 hari shja. Selepas tu bersambung lagi hingga bulan june sekarang selama 4 hari. Selepas 3 hari bersih bersambung semula 9hari period sehingga sekarang.
Saya dah pergi le hospital tapi diberi appointment bulan july.
Darah masih keluar. Tak banyak tapi sederhana. Kadang2 perut rasa kembung, keras, sakit, gerak,senak.kadang2 bila pakai pad, tak de kesan darah. Tapi bila cuci sambil korek dalam tu… Mesti akan de darah period tu.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur dan haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
-Berat badan berlebihan
-Mengambil pil perancang kehamilan
-Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
-Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
-Ketumbuhan fibroid atau polip
-Dysfunctional uterine bleeding
-Penggunaan alat IUD
-Kanser rahim atau cerviks
-Masalah pembekuan darah
-Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.