
Sulit
4 tahun
Period berpanjangan darah sedikit
Hello Dr,saya nak bertanya tentang period berpanjangan, Saya salah seorang yang mengalami masalah ini,2 bulan Saya sudah pergi ke klinik untuk membuat check up,dr sah kan Saya okay,tiada masalah,tetapi bulan ini terjadi lagi masalah yang sama period berpanjangan cuma darah Saya bulan ni keluar sikit2,masuk bulan ini sudah 5 kali masalah yang sama berulang.tidak setiap bulan cuma berselang-selang bulan…saya nak tanya dr apakah yang perlu Saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang tiuju.
Berdasarkan keterangan di atas,kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid berpanjangan. Untuk makluman anda, masalah haid berpanjangan anda mungkin perkara yang tidak perlu dibimbangkan. Namun,ia harus diberi perhatian sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti :
- Senggugut yang sangat sakit
- Keletihan dan tidak bermaya
- Kurang selera makan
- Penurunan berat badan yang mendadak
- Masalah pembuangan air kecil
- Demam atau berpeluh malam
- Pendarahan yang berlarutan sehingga bulan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda memantau untuk simptom-simptom yang terdapat di atas buat masa ini. Selain itu, kemungkinan haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon atau gejala stress. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit yang serius seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah penyakit pendarahan
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Endometriosis : ketumbuhan tisu rahim pada organ luar rahim
- Adenomyosis
- Kanser rahim
- Penyakit ovari
- Masalah tiroid
Kami sarankan anda untuk menjaga pemakanan anda, terutama sekali memperbanyakkan makanan berfiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kami juga nasihatkan anda untuk memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Kurangkan stress anda dan juga dapatkan rehat yang secukupnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.