
Sulit
3 tahun
Period berpanjangan lebih dari 20 hari dengan darah yang banyak
Saya wanita 25 tahun. Sejak saya berkahwin saya mengalami ganguan hormon seperti kitaran haid tak tentu, kadang ia jangka pendek, kadang jangka masa panjang dan kadang lewat sebulan atau 2 bulan lebih, dan sekarang saya sedang mengalami period yang berpanjangan sudah lebih 20 hari dan darah masih banyak, saya sekarang sedang mengambil ubat stop bleeding dari klinik pakar wanita, tapi tiada perubahan malah darah keluar banyak seperti biasa, saya buntu, apa patut saya lalukan sekarang ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mempunyai sejarah haid tidak teratur dan kini anda mengalami masalah haid berpanjangan. Kami akan cuba membantu anda.
Antara punca masalah haid berpanjangan ialah :
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Adenomyosis
- PCOS
- Penyakit radang pelvis
- Endometriosis
- Ketumbuhan pada serviks atau rahim
Anda memaklumkan bahawa anda telah mengambil ubat untuk menghentikan pendarahan dan ia masih belum berhenti, kami menasihatkan anda untuk merujuk kembali kepada doktor pakar sakit puan kerana anda berisiko untuk mendapatkan komplikasi seperti anemia (kekurangan darah).
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan