
Sulit
5 tahun
Period berpanjangan melebihi 15 hari
Saya pelajar berusia 23 tahun… Kebelakangan ni saya mengalami stress yg agak teruk, dan berat badan saya susah nak naik. Berat 42 tinggi 157 dan bmi underweight. Sebelum ni period saya normal je… Setiap bulan period dalam 7-8 hari dan teratur. Tapi sejak bulan lepas period saya melebihi 15 hari. Saya ada berjumpa doktor dan doktor berikan ubat utk hentikan pendarahan, sbb doktor kata kemungkinan pendarahan banyak disebabkan saya terlalu stress dan berat badan kurang. Selepas saya ambil ubat tu period saya berhenti pada hari ke 30. Dan darah dari hari ke 9 sampai ke 30 adalah berwarna coklat. Selepas 6 hari period berhenti darah warna coklat keluar balik sampai hari ke 10 dan pada hari ke 11 hingga sekarang darah keluar berwarna merah cerah dan cair dalam kuantiti yang banyak. Adakah ini disebabkan saya terlalu stress dan kurang berat badan juga? Stress boleh bagi kesan kepada kitaran haid juga ke? Ataupun saya ada masalah kesihatan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.