
Sulit
4 tahun
Period berpanjangan selepas habis berpantang
Saya baru hbis pantang 44hari… 4/2 saya datang bulan tapi darah period sy hanya sedikit dan period saya hanya 5hari saja… 28/2 saya datang period semula dan darah terlalu banyak… Xsampai 4jam saya kena tukar pad semula… Blh saya tau apa masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid berpanjangan, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Berkenaan penggunaan atau penukaran tuala wanita, ia bergantung kepada tahap aliran darah yang dialami oleh anda. Doktor mengesyorkan penukaran pad atau tuala wanita setiap 3 atau 4 jam (lebih kerap sekiranya aliran banyak) untuk mengelakkan masalah bau.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.