
Sulit
5 tahun
Period berpanjangan selepas laparoscopy
Salam sejahtera.
Saya baru buat laparoscopy utk ovarian cyst pada 29/8/2019
Selepas pembedahan, haid sy dtg dan habis seperti biasa.
Cuma kitaran haid yg ke 4 start pada 24/11 dan habis pada 3/12 (10 hari).
Kemudian selepas sy bersama suami pada malam 6/12, haid saya datang semula pada 7/12 sehingga harini 20/12
Haid sya sekarang keluar dalam kuantiti yg x banyak. Sy cuma perlu pakai pad yg nipis. Berbanding kalau normal haid yg memerlukan pad yg tebal.
Sy perlukan nasihat doktor berkenaan hal ini. Adakah normal selepas laparoscopy, haid akan terganggu dan datang secara berpanjangan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid, pembedahan ovari anda
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.