
Sulit
4 tahun
Period berpanjangan setelah berhenti cucuk depo
doc , saya dah berhenti cucuk depo . 16/2 hari terakhir pemeriksaan saya untuk berhenti cucuk nurse dan doc .besok nya saya period tapi darah warna coklat dan sehingga harini masih ada darah to dengan quantity yang sangat sedikit . adakah normal ? . air mazi saya jgak ada bercmpuran darah . melekat pada cadar ,bintik bintik darahnya mungkin kerana bercmpur air mazi saya darah jadi begitu dicadar . soalan saya disni . adakah normal masalah ini selepas berhenti suntikan depo dan darahnya berwarna coklat gelap ? … terima kasih doc

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kesan sampingan suntikan perancang kehamilan seperti pendarahan spotting boleh berlaku selama berminggu-minggu ataupun berbulan-bulan selepas anda berhenti mengambil suntikan. Perkara ini adalah normal kerana perubahan hormon dalam tubuh badan anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.