
Sulit
4 tahun
Period berterusan dr 15nov hingga 7nov
Sy wanita berumur 25 thn.sy mengalami masalah period yg berterusan start dr 15nov sampai 7nov . Normal period sy sebelum ni antara 24@25 setiap bulan . Boleh sy tau kenapa ? Dan perlu rujuk kepada klinik atau hospital ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Tempuhi waktu datandengan selesa tanpa kebocoran.g bulan anda
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, untuk menangani permasalahan pendarahan haid berpanjangan ini, puncanya harus ditangani dan didalam kes puan, ianya adalah masalah fibroid. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Antara rawatan lain bagi pendarahan berlebihan adalah seperti pil perancang keluarga, IUCD, rawatan hormon, kaedah “ablation” dan pembedahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.