
lianafadzil91
2 tahun
Period berubah setiap bulan
hi… saya liana… saya ingin tnya soalan mengenai kesuburan…
kitaram haid saya setiap bulan tak sama… bln lepas kitaran haid saya 33 hari…saya baru seminggu makan pil perancang,bulan 8 ni haid pertama saya pada 7/8… .smlm saya ada bersama suami, sebelum tu saya saya ada buat ujian air kencing mengunakan OPK ,result negatif…saya tak pandai utk kira hari subur saya… semalam saya bersama suami tak pakai kondom… soalan saya
adakah peratusan utk hamil tinggi? tq doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih