
Sulit
4 tahun
Period berwarna coklat
Hai, sy berumur 24 tahun, last week sy mengalami dehydration yg terok sehingga perlu msuk air dan mkn ubat, sy jarang sakit terok mcm ini, based on yg sy follow jadual PMS app, supposely period dtg 15/8 ini, sebb last month period dtg 17/7, tp period sy datg awal, 8/8. Period drah berwarna coklat dari awal hingga sekarang, almost 1 minggu, sy risau, ini normal ke?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan emosi atau stress
• Hamil
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan yang berlebihan atau kurang
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Period berwarna coklat boleh disebabkan oleh:
• Endometriosis, Ovarian cyst, Chocolate cyst
Namun begitu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.