
Anonymous
5 tahun
Period cuma keluar lendir
hi doktor… saya baru berkahwin 5 bulan yg lepas… sejak berkahwin saya mengalami masalah period iaitu cuma keluar lendir darah period sahaja dan tiada darah yg keluar pada tuala wanita…kalau keluar pun cuma sedikit… kadang-kadang darah period cuma keluar sewaktu saya membuang air kecil… Masalah ni bermula pada januari tahun ni sehingga mei… perlukah saya pergi berjumpa dengan doktor pakar sakit puan berkaitan dengan masalah ini?
mohon pencerahan doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.