
Sulit
5 tahun
Period cuma sehari berlaku semasa tempoh kitaran haid.. adakah normal untuk perempuan bujang?
hi sy nk tnya, baru-baru ni sy period tapi hanya sehari… dan kalau di ikut tempoh kitaran haid sy itu adalah tempoh sy period. darah yg keluar penuh satu pad… sy pernah alami ini semasa sy msih di sekolah menengah dan ini adakah normal bagi wanita bujang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, banyak sebab yang boleh menyebabkan kitaran haid anda tiba-tiba menjadi singkat walaupun sebelumnya normal. Antaranya
Ubat-ubatan
Gaya hidup- stress, pengurangan berat badan secara mendadak, bersenam yang keterlaluan
Masalah kesihatan lain- masalh tiroid, PCOS, PID
Berikut hanyalah jawapan am untuk soalan yang diajukan. Sukar untuk saya katakan adakah gejala yang anda alami normal atau tidak kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.