
Sulit
4 tahun
Period dah nak masuk 15 hari tapi masih merah dan penuh macam hari pertama
Hello doktor saya perempuan berumur 15 tahun… saya nak tanya harini 12/3/2021 saya dah masuk hari ke empat belas period dan warnanya masih merah dan mempunyai ketulan macam hari kedua dan ketiga… Saya pakai pad saiz 32 cm dan bila saya tengok penuh satu pad dan banyak kali bocor sampai sekarang…kenapa ya doktor?adakah itu penyakit ya? Mohon pencerahan

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih terperinci daripada anda untuk kami memahami masalah sebenar yang anda hadapi.
Untuk makluman anda, masalah haid seperti yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Saya juga mencadangkan agar anda mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti dengan segera khususnya apabila terdapat gejala seperti:
- Mual & muntah
- Kelesuan yang berpanjangan
- Pening kepala
- Menggangu aktiviti sehari-hari
Berkenaan tentang pengambilan ubat henti darah, anda tidak disarankan mengambilnya sebelum pemeriksaan bersama doktor. Pemeriksaan fizikal adalah diperlukan dalam mendapatkan rawatan yang tepat. Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.