
Sulit
3 tahun
Period dan menyusukan anak
saya wanita yang menyusukan anak dan Saya juga period sekarang boleh ke saya bervaksin esok

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh terima suntikan vaksin covid, ia tidak akan mempengaruhi kesihatan anda serta anak anda. Kesan perlindungan vaksinasi dan kesan sampingannya adalah sama seperti biasa.
Kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi pusat vaksinasi anda hadiri tersebut ataupun anda juga boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini