
Sulit
4 tahun
Period dan perut kembung
Saya berumur 24 tahun dah telah berkahwin. Pada bulan lepas saya kami ada mengadakan seks oral dan tiada cum. 2 minggu lepas itu saya telah period selama 8 hari. Dimana 8 hari adalah tempoh period saya yang biasa. Selepas hari period tersebut terdapat lagi cairan seperti keputihan yang berwarna coklat pada hari 12. Pada hari ke 11 saya telah buat test upt dah result keluar samar2 dan garisan tersebut tak penuh. dan pada hari berikutnya saya telah buat test tersebut lagi sebanyak 2 kali tapi keputusan nya positive. Adakah upt test yang pertama tersebut tidak valid atau bagaimana ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ujian UPT yang samar atau kabur boleh membawa kepada kekeliruan sama ada anda sebenarnya mengandung atau tidak, anda disarankan untuk melakukan beberapa kaedah di bawah untuk memastikan kualiti kit ujian kehamilan.
- Ulang ujian kehamilan selepas dua minggu untuk memastikan konsistensi mendapat keputusan yang tepat.
- Pastikan air kencing yang digunakan untuk menguji adalah sampel yang pertama pada waktu pagi.
- Memastikan kit ujian kehamilan yang digunakan belum tamat tempoh penggunaan dan masih boleh digunakan.
- Ujian kehamilan harus disimpan di tempat yang sesuai seperti dalam almari dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.
- Semasa pembelian kit ujian kehamilan, anda dikehendaki menyemak kadar sensitiviti yang tertera agar pengguna mendapat keputusan yang tepat.
- Keputusan ujian kehamilan harus segera dibaca dalam tempoh 5 minit dan tidak lebih setelah sampel air kencing diambil kerana bimbang akan mendatangkan keputusan yang tidak tepat jika dibiarkan begitu lama.
- Melawat doktor sakit puan untuk mendapatkan pemeriksaan ‘ultrasound’ atau rawatan lain untuk mendapatkan kepastian.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Berdasarkan sakit perut yang anda alami, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum sebarang lesimpulan boleh dibuat. Namun, sekiranya ia berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk langsung perkara ini kepada doktor di klinik atau hospital berdekatan. Pemeriksaan susulan adalah diperlukan.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih