Anonymous
6 tahun
Period dan tiub Fallopian tersumbat
Hye doctor. Saya berumur 28 tahun. Saya ada soalan… Begini, saya sudah menjalani ujian kesuburan di sbuah hospital swasta… Hasilnya adalah kedua dua blh tiub sy mengalami mslh 'Bilateral Hydrosalpinx’

… Saya nak tanya, adakah disebabkan itu apabila sy period ia akn menjadikan senghut yg truk da mngeluarkan tisu-tisu seperti kulit yg nipis? Period sy regular dan selepas mmbuat hsg cycle kembali kepada 28-30 days… Sy mebuat hsg pada bln 8/2018.
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, bilateral hydrosalpinx merupakan sesuatu keadaan di mana saluran Fallopian tube tersumbat dengan cecair atau mucus yang menyebabkan kemandulan/infertility.
Antara simptom hydrosalpinx adalah kesakitan semasa haid. Dan kadang kadang akan ada discharge tisu seperti yang anda nyatakan. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi doktor supaya pemeriksaan dan ujian dapat dibuat.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih




















