
Anonymous
6 tahun
Period darah berwarna hitam dalam tempoh 2-3 hari sahaja
saya siti arbaeah berusia 30. saya telah mendirikan rumah tangga setahun 8 bulan dan saya sedang berusaha untuk hamil…ini adalah pertama kali berlaku saya period berdarah hitam dalam jangka masa yang singkat…saya ingin meminta pandangan serta nasihat apa yang perlu saya lakukan…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih soalan yang diajukan.
Berkenaan dengan darah haid yang kelihatan hitam, ia biasanya disebabkan oleh darah yang telah lama berada di dalam rahim. Ini disebabkan oleh aliran darah haid yang perlahan pada awal haid meyebabkan ia berada lebih lama di dalam rahim atau merupakan baki darah haid anda pada kitaran haid yang lalu. Warna hitam atau lebih gelap ini terhasil akibat darah yang teroksida.
Biasanya darah hitam ini adalah sesuatu yang normal. Namun begitu, jika anda mengalami gejala lain seperti
- Sakit perut haid yang teruk
- Haid terlalu lama
- Haid terlalu banyak
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Kesukaran mengandung
Anda perlulah merujuk perkara ini untuk pemeriksaan lanjut agar punca masalah ini dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.