
Sulit
4 tahun
Period darah terlalu banyak dan berketul
Saya wanita berumur 21 tahun dan hari ini ialah period hari ke-4. Saya perasan darah yang keluar sangat banyak dan berketul non stop selama 2 minit semasa saya berdiri. Baru 30 minit pakai pad maxi overnight, dah penuh.Anggaran ketulan yg keluar seperti penuh satu tapak tangan saya lepas 2 jam. Saya sangat lemah dan loya apabila berlaku banyak pendarahan memandangkan saya juga ada anaemia. Adakah pendarahan yang banyak dan berketul ini normal bagi saya? kerana tiap kali saya period mesti akan mengalami keadaan begini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid berlebihan, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Berkenaan darah berketul, ia adalah normal kerana ia merupakan darah beku. Tetapi pendarahan yang terlalu banyak adalah tidak normal. Sila pergi ke klinik atau hospital yang berhampiran dengan anda secepat mungkin memandangkan anda mempunyai masalah anemia dan punca masalah haid berlebihan anda perlu diketahui supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.