
Anonymous
5 tahun
Period datang 3hari sebulan
saya fatin wanita berumur 20tahun sudah berkahwin saya dah berkahwin setahun lebih tapi tiada anak lagi buat masa sekrang tidak mendapat zuriat lagi lah senang cite , lepas tu saya selalu period 3hri kdang hari ketiga petang ke malam dah abis lepastu berapa badan saya mendadak naik lepas kahwin ada itu period tak normal atau takteratur yang menyukarjan hamil??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Kemungkinan haid tidak teratur boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Jika keadaan ini berterusan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.