
Sulit
5 tahun
Period datang awal 9 hari
Saya berumur 31 tahun masih bujang, dan saya telah mengalami period awal 9 hari dari kebiasaannya. Perkara ini sudah berlaku 3 bulan berturut² dan lebih membimbangkan saya datang period selepas 12 hari dari period sebelum ini dan warna darah berwarna coklat dan ianya berlangsung selama 7 hari kemudian berhenti untuk masa 2 hari dan kembali period semula dan darah period banyak keluar dan jugak saya alami senggugut yg berpanjangan sedangkan selama ni sy mempunyai period yg teratur

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.