Anonymous
6 tahun
Period datang awal sebelum due date
hai doktor. saya berusia 26 tahun. saya sudah berkahwin 7 bulan. saya nak tanya kenapa period saya datang makin awal sebelum due date sejak dua bulan lepas ? sebelum2 ni, period saya selalunya on time tapi start bulan lepas, period saya datang 3 hari awal, dan bulan ini period saya datang 5 hari awal sebelum due date.
terima kasih doktor.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kedatangan haid yang awal boleh berpunca daripada:
- Hormon tidak stabil
- Tekanan fizikal/emosi
- Pemakanan tidak seimbang - terlebih/terkurang makan
- Berat badan -lebih berat/ kurang berat
- Penggunaan pil perancang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























